dgr cite ni mase tazkirah lps maghrib 31/10/10
credit: ustaz zulfadhli (maaf ustz klu salah eja)
wakil dari 10 negara mengambil bahagian dalam satu pertandingan
pertandingannya berbentuk: menyeberangi satu air terjun yang tinggi dengan berjalan di atas seutas tali.
no safety net*
ditakdirkan 9 peserta pertama jatuh dan mati.
tiba giliran peserta terakhir.
beliau berjaya melepasi air terjun tersebut, tapi tiada seorang pun yang bersorak meraikan kejayaannya.
kehairanan, dia pun bertanya "mengapa kamu tidak bersorak meraikan kejayaanku?"
"kamu hanya bernasib baik", balas penonton.
"jika aku melakukannya sekali lagi, adakah kamu akan percaya pada kebolehanku?" tanya si penyeberang
"ya" balas penonton.
maka diseberanginya air terjun itu sekali lagi, dan bersoraklah semua penonton.
"percayakah kamu semua dengan kebolehanku?" tanya beliau.
"ya!!!" teriak penonton.
kemudian peserta tersebut menanyakan kepada penonton sesiapa yang sukarela didokong oleh peserta itu untuk menyeberangi air terjun tersebut.
*senyap*
peserta it bertanya,"bukankah kamu semua berkata kamu percaya dengan kebolehanku?"
*masih senyap*
kemudian bersuara seorg budak "saya!!!!!"
lalu dia pun didokongi peserta itu ke seberang air terjun.
sejurus selepas diturunkan, ramai yang bertanya kepada budak itu mengapa dia sanggup didokong sedangkan orang lain mendiamkan diri.
adik itu menjawab,"saya mempercayakan diri saya kepada jagoh itu"
p/s: betapa ramai kita pada hari ini percaya pada Allah tetapi tidak lagi mempercayakan diri padaNya. reminder for the bloke typing this, n whoever wants to be reminded
Sunday, October 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment