Saturday, October 27, 2012

baby steps

ok kt sini ak nk tulis sedikit nasihat pemakaian
ok ni bukan post tipikal nk suro muslimat2 kt lua tutup aurat.. dh ade byk pos tentang itu.. ak rse ak tk perlu tambah lagi.. klu nk bace bole google.

post ak ni adelah untuk saudari2 yg masih belum mampu menutup aurat dgn sempurna, tetapi mahu mengambil langkah2 bayi (baby steps) ke arah tersebut. semoga Allah membantu kalian.

ak tulis post ni sbb antare perkare yg paling dirisaukn oleh saudari2 yg ingin mengambil langkah2 bayi ini ialah comment dari orang keliling. jadi, di sini ak ingin mengusulkan beberapa langkah-langkah bayi yg unoticable, supaya comment2 itu dapat diminimakan.

bagi saudari2 yg masih memakai hairband dan bukan anak tudung, (knp kne pki anak tudung? sbb klu tk pki rambut bole terpacak keluar dari tudung, especially dekat tmpat korg ikat/sanggul tu. korg mmg tk nmpk sbb bnde kt blakang, tgk cermin pn tkkn nmpk) bole start dengan mengenakan anak tudung. tkde siape akan perasan, so tkkan ade comment. tp permasalahannya adalah comment positif pn tkkn ade, sbb org tk nmpk. bkn la nk promote berubah kerana comment positif, tp comment positif ni penting sebagai motivasi :)

seterusnye kpd saudari2 yang pin hujung tudung kanan kt bahu kiri, hujung tudung kiri kt bahu kanan. mmbr ak dlu panggil gaye langsir, sbb kn nmpk cm langsir skit. ok ak tkkn sentuh bab gaye tudung ni tk cukup labuh, bukan nk kate gaye tudung ni pass, tp mahu memberikan langkah2 bayi yg telah ak explain td. ok permasalahan common ngn gaye tudung ini ialah: bile korg toleh kiri kanan dlm kehidupan seharian, akan ade mase yg leher korg akan terdedah. tk byk pn, paling2 pn lebar 2 jari. so memandangkan kemampuan untuk melabuhkan tudung melepasi dada itu masih belum ade, yg nmpk leher ni kite setel dlu. gune la jarum peniti utk make sure yg leher tu tk kelihatan sepanjang waktu pemakaian tudung. :)

lately nih ak tgk pki kemeje casual dh jd trend, tk kisah baik lelaki atau perempuan. sekali lagi ak tkkn sentuh psl kemeja tu ketat atau singkat, tp ak nk nasihatkan berhati2 ketika berkemeja. terutama masa duduk. kite sume tahu yg kemeja tu ade gap ra butang2 tu, tkut2 la ternmpk ape yg tk ptot dinampakkan, jd pki la inner or tank or tube kt dlm. :)

kepade kaum hawa yg masih mengenakan baby tee sbgi pakaian seharian, sile berhati2 ketika anda duduk. obviously sbb bju tu singkt ade possibility utk terangkat. myb klu kt kelas atau dewan kuliah tk effect sgt sbb kerusinye ade tmpt sandar yg bole block dari penglihatan org, tp klu dekat cafe tu.. jadi sile la pki sweater or cardigan, klu rse pns atau cardigan/sweater tu pn tk cukup labuh, ikat lengan sweater/cardigan tu kt pingang, insyaAllah cukup utk cover :)

ni pulak cadangan kepada sesiapa yg mahu berjinak2 dengan pemakaian stokin tp masih risau dgn commnet2 org keliling. senang je, pki sneakers. tp jgn la bantai pki ngn ankle socks tu.. kne la bli yg mid cut tu. yg ni sgt2 applicable utk gi klas. :)

rsenye cukup dlu kot.. nnt klu ade lg ak tmbh.. moge tulisan ini ade manfaat.
pelan2 kayuh, tp jgn tk kayuh.. waAllahu'alam


Wednesday, October 3, 2012

jemput baca

couple..
satu normaliti..
satu jenis ekspresi
satu jenis menifestasi

bukan niat aku menulis post ini utk menyatakan pada kalian tentang haramnya bercouple.. sudah terlalu bersepah post tentang itu.. kalau belum pernah baca silalah google..

secara jujurnya aku merasakan post2 sebegitu agak bias.. maafkan statement aku ni.. tiada niat mahu 'menembak' sesiapa.. tetapi kebanyakan orang yanag menulis post2 sebegitu tidak pernh bercouple, tidak pernah date, tak pernah pegang tangan awek, tak pernah tengok movie dengan awek. basically tak pernah merasa nikmat bercouple. bukan juga niat aku menulis post ini nak cakap akulah orang paling layak menulis tentang topik ini. jauh amat dari itu.

niat aku menulis adalah untuk menjemput kalian semua berfikir tentang topik ini. tidak lain dari itu. mungkin akan ada terselit pendapat peribadi aku tentang topik post, tp aku tidak ade niat untuk menyatakan yang pendapat aku lebih betul dari pendapat kalian.

ok mari mulakan. couple. haram. kenapa? mendekati zina statement keras dan seringkali diaggap offensive oleh couple2. kalau tk pn akan ditepis dgn statement seperti "yelah, ak/kitorg ni tk baik.. ko/korg2 je yg baik" ckp je tk gune klu couple2 tu tk dgr kn?

memandangkan aku tak mampu nak paksa couple2 itu untuk mendengar khutbah aku, aku memilih untuk menukar kasut dengan mereka; bak mai kasi aku yang dengar

hasil pendengaran aku, rata2 individu2 yang bercouple ini menyatakan (tanpa menidakkan hukum) bahawa bercouple ni tidaklah bahaya (yakni mendekati zina) sekiranya dikawal dengan baik. termasuk juga aktiviti dating, tengok movie dll yg sering dilakukan para couple2 sekalian

perkiraannya mudah: "semua pasangan yg berzina itu bercouple", kata yang sebelah sana "tapi tak semua yang bercouple itu berzina", kata yg sebelah sini aku bukan orang yang macam lalang dan tak ada pendirian, tapi dua-dua side ni kawan aku. bagi aku macam tiada guna terpekik2 melaungkan slogan 'couple itu haram' dan kemudiannya melabel golongan bercouple ni 'degil' sebab kau suro orang dengar kau tapi kau tk pernah nak dengar orang.

persoalannye valid ke pernyataan 'tak bahaya kalau bole kawal' tu? bila aku mengutarakan soalan itu, jawapannya akan bersandarkan pada ramainya couple yg akhirnye ke jinjang pelamin. testimoni yang sungguh tidak boleh disanggah.

ayuh, aku ingin menjemput kalian melihat perkara ini dari sudut berbeza. baiklah, aku hormati kebolehan dan keyakinan kalian dalam menjaga kesucian perhubungan daripada zina. tp cube fikir; sms2 manja, call2 sayang mayang, menjadi penaman dikala sepi, jadi tukang kejut subuh, teman tengok movie baru, panggilan 'abang' atau 'sayang' atau 'b', bukankah itu semua hak seorang suami? dan bukan hak seorang bakal suami, jauh sekali hak seorang calon suami? (ok pengecualian pada pasangan tunang sebab mungkin nk practice ke.. tapi itu pun aku rasa cuma releven sebulan dua sebelum tarikh nikah) masing2 nak suami penyabar kan? so kalau dia dah keluarkan semua menifestasi cinta die, itu dah tak sabar dah tu. dan ingat, allah cakap lelaki yang baik utk perempuan yang baik, so kalau mahukan suami yang penyabar, saudari2 pun perlulah bersabar dalam mengekspresikan cinta kalian :) sama juga kesnya dengan iklan siapa pasangan saya di jaringan2 sosial. btul mungkin gambar berdua kalian tiada la apa2 sangat, tapi ingat lagi tak fungsi walumatul urus aka kenduri kahwin yang kita belajar mase form 5 dulu? kalau tak ingat mari aku ingatkan. fungsinya: mewawarkan siapa pasangan kita. jadi apa guna lagi walimah itu sekiranya semua rakan2 jaringan sosial kita dah tahu dari zaman couple lagi siapa pasangan kita. jawapan aku: walimah itu duh jadi useless. sama juga dengan merisik. apalah guna kau pergi merisik girlfriend kau sendiri? *facepalm* merisik tu kan gunanya untuk menanyakan si dia itu sudah ada calon atau belum.

jadi bagaimana? kemana hala tuju? apakah resolusinya? nikah? pada pendapat aku, orang yang heret anak dara orang sana sini sememangnye belum layan nak pimpin anak dara orang ke pintu syurga. maaf kalau macam kasar. kawan aku atau bukan, ini pendirian aku. kalau suka, minta cara elok, pinang. kalau belum mampu, duduk diam2.

islam tak pernah suruh pun buang perasaan tu, tapi sabar la. dh jadi isteri nanti bercintalah mabuk macam mane pun, takde orang nak marah (tapi ingat masih ada larangan mengekspresikan cinta anda di khalayak ramai. pegang tangan je boleh. cium molot bagai still tak boleh kat public walaupun bini kau).

bagaimanakah caranya? jawapan aku: bercinta tanpa ekspresi. camne tu? ada 2 cara:-

1-bagi tahu yang kita ni berkenan kat dia, then gi main jauh2. cara ni agak susah sebab kalau si dia itu suka pada kita juga, di dunia tanpa sempadan ini dengan skype, fb wassap bagai sangat2 susah nak jaga. lagi susah kalau die berada dekat dengan kita ie classmate ect. tapi yang bagusnya dia tahu.

2- jangan bagi tahu. doakan je la yang baik2 untuk si dia tu. layan je cam member, walaupun sure akan lain dari layan member, tapi bab manje2 sayang mayang kne simpan dulu. pegang tangan dll lagi la kene tunggu. obviously yang tak bagusnya dia tak tahu. so ada possibility dipetik orang lain. bagusnya ialah die tak tahu, so senang nak kawal. bagi yang tengah couple yang tergerak hati nak berubah, memang kene ambil solisi yang pertama tu la. date bagai memang kena stop. nk isteri/suami sabar kn?

harap nukilan karut aku ini bermanfaat. assalamualaikum