Wednesday, October 3, 2012

jemput baca

couple..
satu normaliti..
satu jenis ekspresi
satu jenis menifestasi

bukan niat aku menulis post ini utk menyatakan pada kalian tentang haramnya bercouple.. sudah terlalu bersepah post tentang itu.. kalau belum pernah baca silalah google..

secara jujurnya aku merasakan post2 sebegitu agak bias.. maafkan statement aku ni.. tiada niat mahu 'menembak' sesiapa.. tetapi kebanyakan orang yanag menulis post2 sebegitu tidak pernh bercouple, tidak pernah date, tak pernah pegang tangan awek, tak pernah tengok movie dengan awek. basically tak pernah merasa nikmat bercouple. bukan juga niat aku menulis post ini nak cakap akulah orang paling layak menulis tentang topik ini. jauh amat dari itu.

niat aku menulis adalah untuk menjemput kalian semua berfikir tentang topik ini. tidak lain dari itu. mungkin akan ada terselit pendapat peribadi aku tentang topik post, tp aku tidak ade niat untuk menyatakan yang pendapat aku lebih betul dari pendapat kalian.

ok mari mulakan. couple. haram. kenapa? mendekati zina statement keras dan seringkali diaggap offensive oleh couple2. kalau tk pn akan ditepis dgn statement seperti "yelah, ak/kitorg ni tk baik.. ko/korg2 je yg baik" ckp je tk gune klu couple2 tu tk dgr kn?

memandangkan aku tak mampu nak paksa couple2 itu untuk mendengar khutbah aku, aku memilih untuk menukar kasut dengan mereka; bak mai kasi aku yang dengar

hasil pendengaran aku, rata2 individu2 yang bercouple ini menyatakan (tanpa menidakkan hukum) bahawa bercouple ni tidaklah bahaya (yakni mendekati zina) sekiranya dikawal dengan baik. termasuk juga aktiviti dating, tengok movie dll yg sering dilakukan para couple2 sekalian

perkiraannya mudah: "semua pasangan yg berzina itu bercouple", kata yang sebelah sana "tapi tak semua yang bercouple itu berzina", kata yg sebelah sini aku bukan orang yang macam lalang dan tak ada pendirian, tapi dua-dua side ni kawan aku. bagi aku macam tiada guna terpekik2 melaungkan slogan 'couple itu haram' dan kemudiannya melabel golongan bercouple ni 'degil' sebab kau suro orang dengar kau tapi kau tk pernah nak dengar orang.

persoalannye valid ke pernyataan 'tak bahaya kalau bole kawal' tu? bila aku mengutarakan soalan itu, jawapannya akan bersandarkan pada ramainya couple yg akhirnye ke jinjang pelamin. testimoni yang sungguh tidak boleh disanggah.

ayuh, aku ingin menjemput kalian melihat perkara ini dari sudut berbeza. baiklah, aku hormati kebolehan dan keyakinan kalian dalam menjaga kesucian perhubungan daripada zina. tp cube fikir; sms2 manja, call2 sayang mayang, menjadi penaman dikala sepi, jadi tukang kejut subuh, teman tengok movie baru, panggilan 'abang' atau 'sayang' atau 'b', bukankah itu semua hak seorang suami? dan bukan hak seorang bakal suami, jauh sekali hak seorang calon suami? (ok pengecualian pada pasangan tunang sebab mungkin nk practice ke.. tapi itu pun aku rasa cuma releven sebulan dua sebelum tarikh nikah) masing2 nak suami penyabar kan? so kalau dia dah keluarkan semua menifestasi cinta die, itu dah tak sabar dah tu. dan ingat, allah cakap lelaki yang baik utk perempuan yang baik, so kalau mahukan suami yang penyabar, saudari2 pun perlulah bersabar dalam mengekspresikan cinta kalian :) sama juga kesnya dengan iklan siapa pasangan saya di jaringan2 sosial. btul mungkin gambar berdua kalian tiada la apa2 sangat, tapi ingat lagi tak fungsi walumatul urus aka kenduri kahwin yang kita belajar mase form 5 dulu? kalau tak ingat mari aku ingatkan. fungsinya: mewawarkan siapa pasangan kita. jadi apa guna lagi walimah itu sekiranya semua rakan2 jaringan sosial kita dah tahu dari zaman couple lagi siapa pasangan kita. jawapan aku: walimah itu duh jadi useless. sama juga dengan merisik. apalah guna kau pergi merisik girlfriend kau sendiri? *facepalm* merisik tu kan gunanya untuk menanyakan si dia itu sudah ada calon atau belum.

jadi bagaimana? kemana hala tuju? apakah resolusinya? nikah? pada pendapat aku, orang yang heret anak dara orang sana sini sememangnye belum layan nak pimpin anak dara orang ke pintu syurga. maaf kalau macam kasar. kawan aku atau bukan, ini pendirian aku. kalau suka, minta cara elok, pinang. kalau belum mampu, duduk diam2.

islam tak pernah suruh pun buang perasaan tu, tapi sabar la. dh jadi isteri nanti bercintalah mabuk macam mane pun, takde orang nak marah (tapi ingat masih ada larangan mengekspresikan cinta anda di khalayak ramai. pegang tangan je boleh. cium molot bagai still tak boleh kat public walaupun bini kau).

bagaimanakah caranya? jawapan aku: bercinta tanpa ekspresi. camne tu? ada 2 cara:-

1-bagi tahu yang kita ni berkenan kat dia, then gi main jauh2. cara ni agak susah sebab kalau si dia itu suka pada kita juga, di dunia tanpa sempadan ini dengan skype, fb wassap bagai sangat2 susah nak jaga. lagi susah kalau die berada dekat dengan kita ie classmate ect. tapi yang bagusnya dia tahu.

2- jangan bagi tahu. doakan je la yang baik2 untuk si dia tu. layan je cam member, walaupun sure akan lain dari layan member, tapi bab manje2 sayang mayang kne simpan dulu. pegang tangan dll lagi la kene tunggu. obviously yang tak bagusnya dia tak tahu. so ada possibility dipetik orang lain. bagusnya ialah die tak tahu, so senang nak kawal. bagi yang tengah couple yang tergerak hati nak berubah, memang kene ambil solisi yang pertama tu la. date bagai memang kena stop. nk isteri/suami sabar kn?

harap nukilan karut aku ini bermanfaat. assalamualaikum

No comments:

Post a Comment