Thursday, September 12, 2013

garisan lukisan pena

assalamualaikum.. lama sudah tidak menulis panjang..

sedikit tentang kehidupan mungkin

hidup ini umpama memegang pena dan cuba membuat garisan selurus mungkin tanpa pembaris barangkali
hakikatnya tiada siapa mampu melukis garis yang benar-benar lurus
namun dikala kita bersungguh-sungguh berhati-hati melukis garis itu
dan dikala kita agak gembira, mungkin juga sedikit bangga dengan garisan yang dilukis kita
kerna kita melihat sudah cukup lurus garisnya
akan ada yang tidak menyukai garis itu
tapi, jangan dikata orang itu dengki semata
kerna mungkin saja penerimaannya akan garis kita berbeza
mungkin juga memang ada bengkoknya pada garis kita itu
walau kita tidak ada kebencian atau kedengkian akan garis lukisan insan lain
jangan sesekali didamba penerimaan yang sama akan garis lukisan kita
kerna hati tidak pernah bole dipaksa
berlapang dada, bilang ulama'
sungguh kau akan rasa tidak adil
kenapa aku boleh berlapang dada sedangkan dia tidak? garis mereka juga ada cela. bilang hati mempersoal
memahukan orang lain berlapang dada dengan kita itu adalah tanda kita sendiri belum berlapang dada, wahai rakan
cuma jangan kau berhenti melukis garis selurus mungkin
meski selepas ini pasti datang lagi insan yang tidak begitu senang dengan garismu
kerna penghujungnya pabila pena itu tidak lagi punyai dakwat
kita cuma bole berharap garisan itu diterima Ilahi

wassalam..

No comments:

Post a Comment