Thursday, September 12, 2013

garisan lukisan pena

assalamualaikum.. lama sudah tidak menulis panjang..

sedikit tentang kehidupan mungkin

hidup ini umpama memegang pena dan cuba membuat garisan selurus mungkin tanpa pembaris barangkali
hakikatnya tiada siapa mampu melukis garis yang benar-benar lurus
namun dikala kita bersungguh-sungguh berhati-hati melukis garis itu
dan dikala kita agak gembira, mungkin juga sedikit bangga dengan garisan yang dilukis kita
kerna kita melihat sudah cukup lurus garisnya
akan ada yang tidak menyukai garis itu
tapi, jangan dikata orang itu dengki semata
kerna mungkin saja penerimaannya akan garis kita berbeza
mungkin juga memang ada bengkoknya pada garis kita itu
walau kita tidak ada kebencian atau kedengkian akan garis lukisan insan lain
jangan sesekali didamba penerimaan yang sama akan garis lukisan kita
kerna hati tidak pernah bole dipaksa
berlapang dada, bilang ulama'
sungguh kau akan rasa tidak adil
kenapa aku boleh berlapang dada sedangkan dia tidak? garis mereka juga ada cela. bilang hati mempersoal
memahukan orang lain berlapang dada dengan kita itu adalah tanda kita sendiri belum berlapang dada, wahai rakan
cuma jangan kau berhenti melukis garis selurus mungkin
meski selepas ini pasti datang lagi insan yang tidak begitu senang dengan garismu
kerna penghujungnya pabila pena itu tidak lagi punyai dakwat
kita cuma bole berharap garisan itu diterima Ilahi

wassalam..

Saturday, October 27, 2012

baby steps

ok kt sini ak nk tulis sedikit nasihat pemakaian
ok ni bukan post tipikal nk suro muslimat2 kt lua tutup aurat.. dh ade byk pos tentang itu.. ak rse ak tk perlu tambah lagi.. klu nk bace bole google.

post ak ni adelah untuk saudari2 yg masih belum mampu menutup aurat dgn sempurna, tetapi mahu mengambil langkah2 bayi (baby steps) ke arah tersebut. semoga Allah membantu kalian.

ak tulis post ni sbb antare perkare yg paling dirisaukn oleh saudari2 yg ingin mengambil langkah2 bayi ini ialah comment dari orang keliling. jadi, di sini ak ingin mengusulkan beberapa langkah-langkah bayi yg unoticable, supaya comment2 itu dapat diminimakan.

bagi saudari2 yg masih memakai hairband dan bukan anak tudung, (knp kne pki anak tudung? sbb klu tk pki rambut bole terpacak keluar dari tudung, especially dekat tmpat korg ikat/sanggul tu. korg mmg tk nmpk sbb bnde kt blakang, tgk cermin pn tkkn nmpk) bole start dengan mengenakan anak tudung. tkde siape akan perasan, so tkkan ade comment. tp permasalahannya adalah comment positif pn tkkn ade, sbb org tk nmpk. bkn la nk promote berubah kerana comment positif, tp comment positif ni penting sebagai motivasi :)

seterusnye kpd saudari2 yang pin hujung tudung kanan kt bahu kiri, hujung tudung kiri kt bahu kanan. mmbr ak dlu panggil gaye langsir, sbb kn nmpk cm langsir skit. ok ak tkkn sentuh bab gaye tudung ni tk cukup labuh, bukan nk kate gaye tudung ni pass, tp mahu memberikan langkah2 bayi yg telah ak explain td. ok permasalahan common ngn gaye tudung ini ialah: bile korg toleh kiri kanan dlm kehidupan seharian, akan ade mase yg leher korg akan terdedah. tk byk pn, paling2 pn lebar 2 jari. so memandangkan kemampuan untuk melabuhkan tudung melepasi dada itu masih belum ade, yg nmpk leher ni kite setel dlu. gune la jarum peniti utk make sure yg leher tu tk kelihatan sepanjang waktu pemakaian tudung. :)

lately nih ak tgk pki kemeje casual dh jd trend, tk kisah baik lelaki atau perempuan. sekali lagi ak tkkn sentuh psl kemeja tu ketat atau singkat, tp ak nk nasihatkan berhati2 ketika berkemeja. terutama masa duduk. kite sume tahu yg kemeja tu ade gap ra butang2 tu, tkut2 la ternmpk ape yg tk ptot dinampakkan, jd pki la inner or tank or tube kt dlm. :)

kepade kaum hawa yg masih mengenakan baby tee sbgi pakaian seharian, sile berhati2 ketika anda duduk. obviously sbb bju tu singkt ade possibility utk terangkat. myb klu kt kelas atau dewan kuliah tk effect sgt sbb kerusinye ade tmpt sandar yg bole block dari penglihatan org, tp klu dekat cafe tu.. jadi sile la pki sweater or cardigan, klu rse pns atau cardigan/sweater tu pn tk cukup labuh, ikat lengan sweater/cardigan tu kt pingang, insyaAllah cukup utk cover :)

ni pulak cadangan kepada sesiapa yg mahu berjinak2 dengan pemakaian stokin tp masih risau dgn commnet2 org keliling. senang je, pki sneakers. tp jgn la bantai pki ngn ankle socks tu.. kne la bli yg mid cut tu. yg ni sgt2 applicable utk gi klas. :)

rsenye cukup dlu kot.. nnt klu ade lg ak tmbh.. moge tulisan ini ade manfaat.
pelan2 kayuh, tp jgn tk kayuh.. waAllahu'alam


Wednesday, October 3, 2012

jemput baca

couple..
satu normaliti..
satu jenis ekspresi
satu jenis menifestasi

bukan niat aku menulis post ini utk menyatakan pada kalian tentang haramnya bercouple.. sudah terlalu bersepah post tentang itu.. kalau belum pernah baca silalah google..

secara jujurnya aku merasakan post2 sebegitu agak bias.. maafkan statement aku ni.. tiada niat mahu 'menembak' sesiapa.. tetapi kebanyakan orang yanag menulis post2 sebegitu tidak pernh bercouple, tidak pernah date, tak pernah pegang tangan awek, tak pernah tengok movie dengan awek. basically tak pernah merasa nikmat bercouple. bukan juga niat aku menulis post ini nak cakap akulah orang paling layak menulis tentang topik ini. jauh amat dari itu.

niat aku menulis adalah untuk menjemput kalian semua berfikir tentang topik ini. tidak lain dari itu. mungkin akan ada terselit pendapat peribadi aku tentang topik post, tp aku tidak ade niat untuk menyatakan yang pendapat aku lebih betul dari pendapat kalian.

ok mari mulakan. couple. haram. kenapa? mendekati zina statement keras dan seringkali diaggap offensive oleh couple2. kalau tk pn akan ditepis dgn statement seperti "yelah, ak/kitorg ni tk baik.. ko/korg2 je yg baik" ckp je tk gune klu couple2 tu tk dgr kn?

memandangkan aku tak mampu nak paksa couple2 itu untuk mendengar khutbah aku, aku memilih untuk menukar kasut dengan mereka; bak mai kasi aku yang dengar

hasil pendengaran aku, rata2 individu2 yang bercouple ini menyatakan (tanpa menidakkan hukum) bahawa bercouple ni tidaklah bahaya (yakni mendekati zina) sekiranya dikawal dengan baik. termasuk juga aktiviti dating, tengok movie dll yg sering dilakukan para couple2 sekalian

perkiraannya mudah: "semua pasangan yg berzina itu bercouple", kata yang sebelah sana "tapi tak semua yang bercouple itu berzina", kata yg sebelah sini aku bukan orang yang macam lalang dan tak ada pendirian, tapi dua-dua side ni kawan aku. bagi aku macam tiada guna terpekik2 melaungkan slogan 'couple itu haram' dan kemudiannya melabel golongan bercouple ni 'degil' sebab kau suro orang dengar kau tapi kau tk pernah nak dengar orang.

persoalannye valid ke pernyataan 'tak bahaya kalau bole kawal' tu? bila aku mengutarakan soalan itu, jawapannya akan bersandarkan pada ramainya couple yg akhirnye ke jinjang pelamin. testimoni yang sungguh tidak boleh disanggah.

ayuh, aku ingin menjemput kalian melihat perkara ini dari sudut berbeza. baiklah, aku hormati kebolehan dan keyakinan kalian dalam menjaga kesucian perhubungan daripada zina. tp cube fikir; sms2 manja, call2 sayang mayang, menjadi penaman dikala sepi, jadi tukang kejut subuh, teman tengok movie baru, panggilan 'abang' atau 'sayang' atau 'b', bukankah itu semua hak seorang suami? dan bukan hak seorang bakal suami, jauh sekali hak seorang calon suami? (ok pengecualian pada pasangan tunang sebab mungkin nk practice ke.. tapi itu pun aku rasa cuma releven sebulan dua sebelum tarikh nikah) masing2 nak suami penyabar kan? so kalau dia dah keluarkan semua menifestasi cinta die, itu dah tak sabar dah tu. dan ingat, allah cakap lelaki yang baik utk perempuan yang baik, so kalau mahukan suami yang penyabar, saudari2 pun perlulah bersabar dalam mengekspresikan cinta kalian :) sama juga kesnya dengan iklan siapa pasangan saya di jaringan2 sosial. btul mungkin gambar berdua kalian tiada la apa2 sangat, tapi ingat lagi tak fungsi walumatul urus aka kenduri kahwin yang kita belajar mase form 5 dulu? kalau tak ingat mari aku ingatkan. fungsinya: mewawarkan siapa pasangan kita. jadi apa guna lagi walimah itu sekiranya semua rakan2 jaringan sosial kita dah tahu dari zaman couple lagi siapa pasangan kita. jawapan aku: walimah itu duh jadi useless. sama juga dengan merisik. apalah guna kau pergi merisik girlfriend kau sendiri? *facepalm* merisik tu kan gunanya untuk menanyakan si dia itu sudah ada calon atau belum.

jadi bagaimana? kemana hala tuju? apakah resolusinya? nikah? pada pendapat aku, orang yang heret anak dara orang sana sini sememangnye belum layan nak pimpin anak dara orang ke pintu syurga. maaf kalau macam kasar. kawan aku atau bukan, ini pendirian aku. kalau suka, minta cara elok, pinang. kalau belum mampu, duduk diam2.

islam tak pernah suruh pun buang perasaan tu, tapi sabar la. dh jadi isteri nanti bercintalah mabuk macam mane pun, takde orang nak marah (tapi ingat masih ada larangan mengekspresikan cinta anda di khalayak ramai. pegang tangan je boleh. cium molot bagai still tak boleh kat public walaupun bini kau).

bagaimanakah caranya? jawapan aku: bercinta tanpa ekspresi. camne tu? ada 2 cara:-

1-bagi tahu yang kita ni berkenan kat dia, then gi main jauh2. cara ni agak susah sebab kalau si dia itu suka pada kita juga, di dunia tanpa sempadan ini dengan skype, fb wassap bagai sangat2 susah nak jaga. lagi susah kalau die berada dekat dengan kita ie classmate ect. tapi yang bagusnya dia tahu.

2- jangan bagi tahu. doakan je la yang baik2 untuk si dia tu. layan je cam member, walaupun sure akan lain dari layan member, tapi bab manje2 sayang mayang kne simpan dulu. pegang tangan dll lagi la kene tunggu. obviously yang tak bagusnya dia tak tahu. so ada possibility dipetik orang lain. bagusnya ialah die tak tahu, so senang nak kawal. bagi yang tengah couple yang tergerak hati nak berubah, memang kene ambil solisi yang pertama tu la. date bagai memang kena stop. nk isteri/suami sabar kn?

harap nukilan karut aku ini bermanfaat. assalamualaikum

Sunday, June 24, 2012

aku dn double standard

ok mari bercakap tentang double standard.. ape tu double standard? double standard ni merupekan situasi di mane ko bole buat tp ak tk bole.. atau sebaliknye.. ataupn situasi bnde tu bole tp bnde ni tk bole.. ok skrg ni islam berkembang dgn sgt cpt. kesedaran tntg islam tu mmg tersebar luas. sane sini kite tgk org post psl bnde2 islam (merujuk pade alam maya) ok perkaitannye dgn double standard: dulu zaman org pentingkn ilmu dunia org ckp gini: math penting sains penting. so ilmu agame diketepikan.. klu budak ckp cite2 nk jd engineer sume senyum, tp bile ckp nk jd ustaz sume pndg slack. nmpk tk double standardnye? skrg ni sume dh ade kesedaran islam, hasilnye, bnde same tp terbalik biar fail math, jnji tk tggl solat. biar tk reti english, jnji tk gagap ngaji. yg paling terkini and paling popular: biar oh my english, jgn oh my tajwid ok ak tk sangkal yg akhirat tu lg pening dari dunie. tp fail math tu masalah besar. bagi tau ak macam mane ko nk bace buku2 teks McGraw Hill klu english ko serabut? ak bkn nk ckp org yg fail math atau english ni teruk. tidak same sekali. tp ianya masih lagi satu masalah. point ak sng. kite kne fair. klu ko ckp ilmu agama penting, jgn tidakkn kepentingan bnde2 lain ni. ak tk ckp yg statement2 tu menidakkan kepentingan math atau english, tp statement tu menampakkan yg ok klu ko fail math, fail english. well its not ok. realy its not. bg tau ak mcm mane ko nk cerite kt dunie tntg islam macam tariq ramadan tu klu ko berhujah dlm bhse melayu? klu ko nk ckp ngn ak fail english bkn masuk nerake pn, btul, tp ak nk tanye satu je, klu allah soal ko ape yg ko buat ngn idup ko yg sekian2 panjang tu? ko nk jwb pe? nk tekankan balik: jgn double standard.

Monday, February 13, 2012

langit itu terlalu luas untuk sekadar dilihat dari lubang teropong

langit itu terlalu luas untuk sekadar dilihat dari lubang teropong..
begitulah juga rezeki..
jgn disempitkn pekare yg kau panggil rezeki..
kerana rezeki itu amat luas..
amat2 luas..
rezeki itu bukan sekadar nikmat yg kau rasa..
rezeki itu bukan sekadar hikmah yg bole kau fikir..
rezeki itu takdir tuhanmu dan tuhanku..
rezeki itu percaturan Dia..
dan percaturan dia 10, 100, bahkan 1000 langkah mendahuluimu..

di usia 1/3 seperti kita.. perancangan allah itu dlm proses perlaksanaannya..
hasilnya belum nampak.. mungkin tidak mampu pn utk kau fikir hikmahnya..
tak terjangkau..
yg kau mahu tk dpt.. sbb dia mahu beri yg kau perlu..
mungkin kau fikir 'ak tidak nmpk pn keperluan bnde itu'
allah maha tahu.. ko perlu bnde itu.. tp bkn hari ini..

igt.. langit itu terlalu luas untuk dilihat hanya sekadar dari lubang teropong

Thursday, November 24, 2011

tahu

aku jumpa ini di suatu pagi

sekiranya ada diantara kamu 20 org yg sabar, nescaya mereka dpt menewaskan 200 dan sekiranya di antara kamu
ada 100 org yg sabar, nescaya mekera dapat menewaskan 1000 orang kafir, disebabkan mereka (yg kafir itu)
org yg tidak mengerti.

sekarang Allah meringankn kepadamu krn dia mengetahui padamu ad kelemahan. oleh itu, sekiranya ada diantara kamu 100
org yg sabar, nescaya mereka dpt menewaskan 200 org dan sekiranya ada diantara kamu 1000 org, nescaya mereka dpt
menewaskan 2000 org dgn izin allah.
dan allah beserta org yg sabar.

ini ucapan rasulullah saw sblm perang badar..

bace semula rangkap pertama itu, 1 mampu memenangi 10, kerana mereka itu tidak mengerti.
mengerti tntg apa? tntg hidup dan tujuannya brg kali..

tp hari ini tidak begitu lg.. kita yg seakan2 tdk mengerti.. lihat saja penulisan mereka tntg hidup..
tntg cinta.. penuh dgn makna.. kita? hanya tahu 'allah jdkan manusia dan jin utk beribadah'
tp tidak mengerti satu apapun tntg itu.. tntg hidup..

ilmu itu makna.. selain itu maklumat.. al-quran yg kita baca, hanya akn jadi ilmu sekiranya kita cari dn jumpa maknanya..
jika tidak.. kitab agung itu cuma maklumat..

btul kau kata mereka hanya hidup untuk dunia.. sungguh kau tiada salah tntg itu..
tp tafsiran mereka tntg hidup mereka yg 1 itu jauh lebih dalam dari tafsiran hidup kita yg 2..
kita cuma tahu kita punyai duniawi, dan ukhrawi.. tnpa pengisian..
kita cuma tahu jdkn kehidupan ukhrawi sbgi alasan utk gagal duniawi..
malang sggh kita.. nmpk sabar sggh org yg begitu bkn?

tp fahamilah itu bkn sabar..
itu bkn golongan 'org yg sabar' yg dimaksudkan rasulullah
ak tdk menulis ini bkn utk menyatakan ak sudah thu erti hidup.. ak juga masih mencari.. jauh lg perjalananku..
ak mahu mengajak kamu mencari bersama.. supaya kita dpt jd 'org yg sabar' itu..

Wednesday, November 9, 2011

anology hidup pensel kayu

byk anologi yg kite bole buat tntg hidup ni..
tp ak pling suke yg ni..

hidup ni mcm pensel kayu yg ade pemadam kt hujung lg satu
biar luar tu buruk.. jgn matenye..
bile kite tulis.. mesti ade silap.. tp kite diberi peluang untuk 'padam'kn
kite 'tumpul' jugk lambat laun.. so kne 'asah'.. sakit bile 'asah'.. tp tu yg kite perlu lalu untuk jd 'tajam' balik..
kite akn diasah smpi kite dh tk cukup pnjg utk digune..
jd gunelah mate tu untuk tulis yg elok2..

sekian